Penerbit filem Ayat Ayat Cinta 2 (AAC2), Manoj Punjabi memuji hasil lakonan yang diberikan oleh dua bintang tempatan, Bront Palarae dan Nur Fazura.

Bront dan Fazura memegang watak Baruch dan Brenda dalam filem AAC2 yang mula ditayangkan hari ini (11 Januari).

“Mereka merupakan pelakon yang hebat dan tahu bagaimana caranya untuk menyerlahkan bakat lakonan.

“Sejujurnya, saya sangat berpuas hati dengan hasil lakonan yang mereka tunjukkan dalam AAC2.

“Pembabitan mereka dalam AAC2 merupakan sesuatu yang sangat signifikan dengan penayangan AAC2 di Malaysia,” kata Manoj.

Pada tahun 2008, filem pertama AAC berjaya mencuri hati penggemar filem Malaysia dan menarik minat ramai orang ke pawagam.

“Biarpun hampir 10 tahun berlalu, jenama AAC sangat kuat dan melekat di hati peminat. Ramai yang ternanti kesudahan kisah Fahri dan Aisha.

“Saya berharap agar filem ini dapat mencipta sukses ketika ditayangkan di 109 buah pawagam di Malaysia,” katanya lagi.

Selain Bront dan Fazura, jangan lupa saksikan AAC2 yang djayakan oleh Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan dan ramai lagi di pawagam bermula hari ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagran AAC2Film