Suudu baru-baru ini telah menjalani ujian ‘Rasa-Rasa Kenal Tak? kepada pelakon Scha Al Yahya dan Awal Ashaari.

Menerusi ujian tersebut, ternyata Awal lebih 'mengenali' Scha apabila berjaya menjawab kesemua lima soalan tentang isterinya dengan tepat.

Sementara Scha hanya berjaya menjawab tiga soalan sahaja mengenai diri Awal.

Ujian ‘Rasa-Rasa Kenal Tak?’ merupakan satu permainan menguji pasangan suami isteri, adik beradik atau rakan baik dikalangan artis mengenai pengetahuan mereka tentang pasangan masing-masing dalam tabiat pemakanan.

Setiap pasangan akan diberikan lima soalan mengenai apa jua tabiat pemakanan dan perlu meneka atau menjawab soalan tersebut serentak di atas papan hitam kecil yang disediakan.

Bagi episod pertama atau pembuka ujian ‘Rasa-Rasa Kenal Tak?’, cabaran disahut oleh pasangan Scha dan Awal dengan baik.

Namun gelagat mereka ketika permainan ini dirakamkan agak kecoh serta diselangi hilai tawa kerana masing-masing cuba mengingati tabiat pemakanan dengan betul dan tepat.

Apakah soalan yang gagal dijawab Scha mengenai Awal serta apakah tabiat pemakanan yang anda tidak pernah tahu mengenai pasangan ini?

Saksikan rakaman pertama ujian ‘Rasa-Rasa Kenal Tak’ di bawah: