Peminta melahirkan rasa bimbang melihat status terbaru bekas bintang GegagrVaganza 4 (GV 4), Elyana.

Status tersebut dimuat naik menerusi Insta Story miliknya semalam.

Ayat tersebut seolah-olah melambangkan perasaan yang sedang dialami olehnya.

Ayat-ayat berbahasa Inggeris yang terkandung dalam lima video pendek tersebut adalah:





Disebabkan video tersebut, peminat mula memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Elyana menerusi ruangan komen entri terbaru Elyana.

Mereka juga memberitahu sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan penyanyi kesayangan mereka supaya berada dalam keadaan yang baik.

“Ya Allah, sedihnya baca insta story tu. El please kuatkn semangat tu..jangan putus asa. Allah ada bersama kita..banyak kan berdoa. Allah maha mendengar.. #WeLoveYou!!!,” - @iamieta

“Kak @elyanaofficial kuat. I know you're strong enough to fight it. In Sha Allah, you will be fine soon. I love you so much,” - @ yanizempayar

“Kak El..be strong. Your fighter, buat live la ,boleh borak dengan kami walaupun jauh =( ,” -@ amni_91

Elyana mengumumkan dia merupakan salah seorang penghidap kanser kelenjar tahap empat secara terbuka selepas diumumkan tersingkir di konsert minggu kelima GV 4 tahun lalu.

Elyana disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu.

Foto: Instagram @elyanaofficial