Bapa kepada pelakon Sharifah Shahirah dimasukkan ke hospital selepas terkena jangkitan paru-paru semalam.

Sharifah Shahirah memaklumkan mengenai keadaan ayahnya menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.

Bimbang dengan keadaan bapanya yang tiba-tiba terkena jangkitan tersebut, pelakon itu meminta semua mendoakan kesihatan orang tersayangnya itu.

Subhanallah Tetiba abah kita pulak kena lung infection Doa doa kan abah kita Tima kasih semua

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on


Menerusi entri tersebut, Shahirah atau dikenali sebagai Shiera memuat naik foto bapanya terlantar di wad dengan badan yang dipenuhi wayar.

Rata-rata pengikut IG dan peminatnya mendoakan agar bapanya segera sembuh.

Foto: Instagram Sheira Ijoy