Tiket VIP Habis Dijual, Ayda Jebat Teruja Adakan Showcase di Singapura

29 September 2016. 3.54 PM
29,421
Hiburan
Tiket VIP Habis Dijual, Ayda Jebat Teruja Adakan Showcase di Singapura

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat teruja untuk mengadakan showcase pertamanya di Singapura pada 2 Oktober ini.

Showcase Ayda Jebat Live in Singapore ini bakal diadakan di Muslim Delights, Concorde Hotel & Shopping Mall, Singapura.

“Alhamdulillah, sambutan showcase sangat memberangsangkan. Tiket VIP yang berharga 80 SGD sudah habis dijual dan tiket biasa yang berharga 50 SGD juga sedang hangat dijual.

“Saya teruja dengan sambutan positif yang diberikan. Showcase ini bersifat santai dan mengisahkan perjalanan karier saya semenjak kecil sehingga sekarang,” kata Ayda kepada Astro Gempak.

Tidak mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan, Ayda terpaksa membahagikan fokusnya terhadap dua perkara.

“Saya tidak banyak masa untuk membuat persiapan kerana saya juga turut sibuk dengan latihan persembahan sempena Anugerah Planet Muzik yang bakal berlangsung pada 30 September ini. Saya bakal mengadakan persembahan secara solo dan duet bersama bintang terkenal Indonesia, Rizky Febian.

“Namun begitu, saya tetap tidak melupakan showcase ini kerana saya merasakan ini merupakan hadiah buat peminat saya di Singapura. Walaupun kurang persiapan, saya tetap akan mencuri masa untuk berlatih dan menjanjikan persembahan terbaik buat semua peminat,” katanya lagi.

Showcase ini turut disertai oleh dua orang penyanyi Singapura, Aisyah Aziz dan Haikal Ali sebagai artis jemputan. Untuk mendapatkan tiket serta info lanjut mengenai showcase ini, layari laman Instagram @aydajebat dan @ajscreamer.


Artikel Berkaitan


Komen