Single terbaru Syamel, Biar Cinta sudah mula mendapat tempat di hati peminat apabila menerima komen positif selepas video liriknya dimuat naik di laman sosial Youtube, tiga minggu lalu.

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen pada video lirik tersebut berpendapat, single terbaru Syamel itu membuatkan bulu roma mereka meremang.

Mereka turut memuji kemantapan vokal Syamel dan memuji lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berbakat besar itu.

Dalam pada itu pendengar juga mengharapkan agar Syamel mengungguli kategori vokal terbaik di Muzik-Muzik 32 yang akan berlangsung pada Februari depan.



Muzik-muzik 32 menyaksikan Syamel mempertaruhkan dua buah lagu, iaitu Lebih Sempurna dan Aku Cinta duet bersama Ernie Zakri.

Kepada yang belum pernah mendengar single terbaru Syamel, kami sediakan video lirik Biar Cinta untuk anda nilaikan sendiri.