Fahrin Ahmad Timang Baby Boy Di Hari Kelahiran Isteri

30 September 2016. 9.33 AM
205,010
Hiburan
 Fahrin Ahmad Timang Baby Boy Di Hari Kelahiran Isteri

Aktor Fahrin Ahmad kini bergelar bapa selepas isterinya, Elena Hani Eleas selamat melahirkan cahaya mata sulung di Pusat Perubatan KPJ Damansara.

Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 4.15 petang semalam. Menariknya, anak sulung mereka berkongsi tarikh lahir dengan Elena.

Menerusi perkongsian Fahrin di laman Instagram miliknya, pelakon filem Pilot Café itu berterima kasih atas sokongan semua pihak.

“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 1615 hrs... Khamis, 29 September 2016.. tq to our motherly and sweet Gynae Toh Puan Dr. Maziah Ahmad assisted by Sister Susana, Irene & Stephanidah.

“And also to Encik Zaidi & all for the pleasant birthday surprise for elena & the baby.. tq #kpjdamansara !! Dan terima kasih atas doa dan sokongan semua.. syukur... to my love @elenaeleas well done, you are a warrior queen! #fahrinelena,” tulis Fahrin.

Fahrin dan Elena mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, Kuala Lumpur.


Artikel Berkaitan