Sama seperti selebriti lain, penyanyi Hafiz Suip juga tidak ketinggalan membuka akaun Instagram (IG) khas buat bayi sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri.

Akaun yang menggunakan nama @riyadhzafri yang baru sahaja dibuka beberapa hari lalu itu ditetapkan mengikut mood privasi.

Bagaimanapun jumlah pengikut IG berkenaan semakin bertambah dari masa ke semasa.

Dalam pada itu, Hafiz juga kerap diusik peminat selepas bergelar bapa kepada Riyadh Zafri yang dilahirkan pada 31 Disember lalu.

Lebih-lebih lagi apabila Hafiz memuat naik satu foto yang menunjukkan wajahnya seakan-akan tidak cukup tidur di Instagram(IG)nya baru-baru ini.

Salam and good morning everyone..apa persamaan kami? Jawapannya Kami banyak bulu ? anyway, thanks to @baby_g_world yg bagi baby nest for baby RZ. Makin lena dia tido. Thank you again.

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on


Melihat kepada foto tersebut, peminat mula menyakat Hafiz dan memberitahu tidak cukup tidur merupakan perkara wajib dialami oleh semua pasangan yang baru menimang cahaya mata.

“Macam orang tak cukup tidur je?” - @dellasulaiman

“Hahahah, nice Piz, rajin-rajinla bangun malam ye,”, - @epgrooz


Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Foto: Instagram @hafizsuip

Teks oleh: Mya Amri