Anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan baru sahaja kehilangan bapanya, Che Osman Mat Isa yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 63 tahun meninggal dunia di Hospital Shah Alam selepas dimasukkan ke hospital selama sehari.

Menurut Bazli, jenazah bapanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh bersebelahan kubur anak lelaki Bazli, Muhammad Syahid.

Sebelum ini, Bazli kehilangan anak lelakinya yang menghembuskan nafas terakhir pada Jun lalu akibat kanser limfoma.

Astro Gempak mengucapkan salam takziah kepada Bazli dan seluruh anggota keluarganya.

Sumber: Sinar Harian

Doakan kebaikan ayah saya ye.. Ayah akan jumpa cucunya syahid dalam syurga. Ya Allah.. Tempatkan ayahku di tempat yg paling terbaik dan mulia. Mati itu pasti.

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Jam 11.30 jap lagi..

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on