Isteri kepada penyanyi yang juga bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV 4), Lan Solo, menyentuh perasaan pengikut di Instagram (IG)nya apabila memberitahu bayi dalam kandungannya mungkin sumbing.

Sheila menerusi entri di IGnya memberitahu bayi di dalam kandungannya yang berusia 30 minggu itu berada dalam keadaan sihat.

Menerusi foto yang menunjukkan imbasan kandungannya itu, Sheila turut meminta pandangan daripada ibu bapa yang mempunyai anak sumbing untuk berkongsi pengalaman.

Tambah Sheila dia memohon info daripada orang ramai kerana ini pengalaman pertama mereka suami isteri dan tidak mempunyai info yang banyak mengenai sumbing.

Dia turut memberitahu ingin memberikan yang terbaik buat ‘baby KY’ yang bakal lahir dua bulan lagi.

Isteri kepada bekas vokalis kumpulan Kristal itu sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana masalah ketuban bocor.



Sumber Foto: Instagram Lan Solo/Sheila Razlan