AF 2016: Minggu Separuh Akhir, Peserta Bakal Nyanyi Lagu Duet & Pilihan Media

1 Oktober 2016. 12.01 AM
52,153
Hiburan
AF 2016: Minggu Separuh Akhir, Peserta Bakal Nyanyi Lagu Duet & Pilihan Media

Konsert separuh akhir Akademi Fantasia (AF) 2016 pada Ahad ini bakal menyaksikan tujuh pelajar yang tinggal menyanyikan lagu duet dan pilihan lagu oleh media.

Tujuh pelajar tersebut terdiri dari empat pelajar wanita iaitu Ara, Reshma, Rahila dan Afi serta tiga peserta lelaki, Zarol, Amir dan Amal bakal merebut tempat ke pentas akhir AF 2016.

Lagu yang akan dinyanyikan pada pusingan solo ialah The Big Bang (Amal), Demi Cinta (Amir), Pesan Cinta (Zarol), Sangsi Asmara (Afi), Samar Bayangan (Ara), Cheap Thrills (Rahila) dan Hidup Dalam Mati (Reshma).

Sementara itu di pusingan duet pula para pelajar akan menyampaikan lagu Memori Berkasih (Amal), Ratusan Purnama (Amir), Disebalik Rahsia Cinta (Zarol), Dunia Batinku (Afi), Tangisan Marhaenis (Ara), Senja Nan Merah (Rahila) dan Just Give Me A Reason (Reshma).

Astro Gempak yakin, debaran para pelajar AF 2016 semakin memuncak menjelang minggu separuh akhir pada Ahad ini, tetapi kami difahamkan mereka telah ditenangkan oleh tenaga pengajar termasuk penaja program, Datuk Aliff Syukri.

Dengar cerita, Datuk Aliff yang juga Pengarah Urusan D’herbs ini setiap minggu ke tempat penginapan para pelajar untuk memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada mereka.

Maklumlah, penaja AF 2016 ini bukan calang-calang orang tau, Datuk Aliff yang juga dikenali sebagai Abang Terlajak Laris ialah Pemenang Anugerah Usahawan Ikon 2016, jadi tidak ada salahnya beliau berkongsi ilmu kejayaannya dengan para pelajar.

Baguskan Abang Terlajak Laris ini, macam-macam usaha yang dilakukan untuk memberi ‘mood’ dan kegembiraan kepada para pelajar termasuk membawa kucing ajaibnya ‘Dodi’ ke kediaman mereka.

Untuk melihat rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi, tonton Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Selain itu anda juga boleh menyaksikan chit-chat mengenai AF 2016 dalam Terlajak AF bersama Datuk Aliff Syukri dan pengacara CK Faizal setiap Ahad, bermula 8.30 malam di saluran sama.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.


Artikel Berkaitan


Komen