Pelawak dan penyanyi Achey, 32, memberi pesanan kepada netizen yang sesuka hati menuduhnya dan isteri mandul supaya menjaga percakapan.
“Mungkin mereka tidak pernah merasai apa yang kami lalui. Saya dan isteri sebenarnya tidak kisah kerana pada usia perkahwinan kami tiga tahun lagi macam-macam orang cakap.
“Cuma janganlah cakap ikut suka saja, takut nanti perkara itu berbalik pada diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri mungkin pada anak, adik-beradik atau saudara-mara,” katanya.
Bagaimanapun Achey tidak menyimpan dendam dengan kata-kata tersebut kerana menganggap masih belum rezeki dia dan isteri dikurniakan anak walaupun sudah tujuh tahun berumahtangga.
Tambahnya lagi, dia dan isteri juga sudah lali dengan kata-kata itu sejak tiga tahun lalu.
Achey turut menganggap situasi yang dihadapinya kini adalah ujian dari Allah dan hanya orang tertentu saja yang diberikan ujian sedemikian.
Katanya, sehingga hari ini mereka tidak pernah putus asa dan mencuba apa saja rawatan mahupun petua untuk mendapatkan zuriat.
“Sama seperti orang lain, kami juga menyimpan hasrat mempunyai anak. Saya dan isteri ada pergi ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Isteri saya juga pergi berurut dan kami menjalani kehidupan lebih sihat dengan menjaga pemakanan.
“Kami tetap positif dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah. Ada yang diberikan kesenangan tetapi bukan kebahagian dengan anak tetapi ada juga merasai kegembiraan mempunyai zuriat sendiri namun kurang dari segi kewangan,” katanya.
Perkongsian Achey mengenai perjalanan hidupnya sebagai anak seni termasuklah isu zuriat menerusi program Di Balik Tawa baru-baru ini, menyentuh hati penonton dan peminatnya.
Kata Achey, dia mendapat maklum balas positif dan ramai menghantar mesej menerusi Instagram untuk memberi kata-kata semangat.
“Saya berterima kasih kepada semua peminat dan penonton Di Balik Tawa kerana memberi komen positif dan mendoakan kesejahteraan kami.
“Mungkin usia perkahwinan kami baru tujuh tahun tetapi saya juga merasai apa yang dirasai oleh mereka yang sudah lama menunggu cahaya mata. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Fiza Kamarudin
Fri Jan 05 2018
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.