SS Superstar: Jadi Penyanyi Rap Lebih Mudah Daripada Pelawak - Altimet

1 Oktober 2016. 12.01 AM
53,183
Zon Lawak
SS Superstar: Jadi Penyanyi Rap Lebih Mudah Daripada Pelawak - Altimet

Penyanyi rap Altimet mengakui kerjaya pelawak lebih sukar daripada menyanyi.

"Secara jujurnya bukan mudah untuk menjadi seorang pelawak jika dibandingkan dengan bidang yang saya minat iaitu muzik.

"Saya jangka dapat bertahan dalam beberapa episod sahaja dalam Super Spontan Superstar (SS Superstar) ini, tidak sangka pula sampai ke peringkat ini," katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Altimet atau Ahmad Abdul Rahman, 38, lagi, melangkah kaki ke peringkat separuh akhir SS Superstar juga adalah satu kemenangan meskipun tidak berjaya ke peringkat akhir minggu hadapan.

"Mungkin ramai orang diluar sana lihat saya kalah namun bagi saya ini adalah satu kemenangan kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir SS Superstar," ujarnya.

Altimet dan  Kamal Adli merupakan ahli kumpulan Monyet Mafia telah disingkirkan di pentas separuh akhir SS Superstar yang berlangsung pada malam Jumaat.

Minggu separuh akhir SS Superstar menampilkan pelakon terkenal Erra Fazira sebagai komentator jemputan bersama Afdlin Shauki.

Sementara itu enam peserta SS Superstar, Ozlynn, Fad, Abam, Tauke, Johan dan Achey bakal berentap secara individu pada peringkat akhir pada minggu hadapan secara individu.

SS Superstar dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.

Program lawak paling ‘stailo’ ini juga bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada setiap Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

Jangan lepaskan peluang untuk tonton #SuperSpontanSuperstar Akhir 2016. Jom dapatkan tiket anda sekarang berharga RM 45.00 di www.ticketpro.com.my


Artikel Berkaitan


Komen