Gelagat anak pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar tidak pernah tidak melucukan.

Ibaratnya, setiap gerak-geri Yusuf sentiasa menjadi perhatian dan mencuri tumpuan dengan keletah yang mencuit hati namun bersahaja.

Baru-baru ini, sepotong video Boomerang aksi Yusuf memulakan sesi persekolahan awal tahun menjadi viral dek kecomelannya.

Malah, video Boomerang itu juga diparodikan beberapa pengguna media sosial Instagram dan Twitter.

Menerusi akaun Instagram peribadi Yusuf, @theyusufiskandar, video Boomerang itu sudah ditonton sebanyak 2 juta kali dan dihujani lebih 22,000 komen.

#YusufDance

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on


"2 jam 10 ribu komen anak Daddy ni, terima kasih yang sayangkan anak kami ni," tulis Hairul Azreen.

Dengan tanda pagar (hashtag) #YusufStep, video itu semakin banyak dijadikan parodi oleh netizen yang terhibur dengan Boomerang melucukan itu.

Jom, kami kongsikan beberapa Boomerang #YusufStep untuk hiburan anda.




Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @theyusufiskandar, Twitter