Menjadi trend untuk ibu bapa masa kini mengabadikan kenangan anak masing-masing menerusi sesi fotografi khas selepas habis pantang.

Pelbagai tema unik dan menarik dipilih bagi memberikan visual dan memori indah untuk dikenang nanti.

Baru-baru ini, Fad Bocey tidak ketinggalan untuk mengabadikan gambar kenangan anak bongsunya, Nur Aminah Mishall untuk sesi 'newborn photoshoot' bertemakan Hanging Bed Tent Princess House dan Tree Of Life.

Sesi penggambaran itu disempurnakan oleh jurugambar bebas yang sering merakamkan momen bayi selebriti, Camora Arts.

Ketika penggambaran dilakukan, Nur Aminah Mishall baru berusia 40 hari dan tempoh 3 jam diambil untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 27, dikurniakan cahaya mata kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang kini baru berusia 3 tahun.

Anak bongsu perempuannya itu dilahirkan pada 19 November 2017.

Fad dan Nur Syahirah A.Rahman yang merupakan adik kepada pelawak terkenal Jihan Muse, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Jom layan gambar-gambar comel Nur Aminah Mishall yang dibidik sempurna oleh Camora Arts.










Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Camora Arts