Anak kepada selebriti Kim Kardashian, Saint West telah dimasukkan ke hospital di Los Angeles selepas disahkan terkena jangkitan pada paru-paru atau pneumonia.

Menerusi entri di Instagram, Kim memuat naik sekeping foto hitam putih bersama anak lelakinya.

"Semoga anak ku ini kuat semangat, setelah berada selama tiga malam di hospital.

"Sedih apabila melihat Saint West disuntik serta menggunakan mesin oksigen.

"Tahun baru kali ini benar-benar penuh dengan dugaan. Pneunomia itu amat menakutkan," tulisnya.

Rata-rata peminat Kim mendoakan agar anaknya itu segera pulih dan menjalani hidup seperti biasa.

Selain Saint, Kim yang mendirikan rumah tangga dengan Kanye West pada tahun 2014 mempunyai seorang anak perempuan, North West kini berusia lima tahun.