Pelakon Azad Jazmin dan isteri, Eira Syazira menamakan anak ketiga perempuan mereka Areisya Suri Rose.

Nama bayi perempuan mereka itu didedahkan oleh Azad Jazmin menerusi laman Instagram (IG) dengan mengguna hashtag #areisyasurirose dan #anakdarapakazad.

"Assalamualaikum Salam 1 Malaysia memperkenalkan My 3rd Girlfriend Areisya Suri Rose," tulisnya.

Selain itu, Azad Jazmin juga turut berkongsi foto terbaru Areisya untuk tatapan peminat.

Bagaimanapun pasangan itu masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah penuh anak kesayangan mereka itu.

Terdahulu, Eira Syazira selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga pada 2 Januari lalu, kira-kira pukul 1.43 petang.

Azad dan Eira berkahwin pada 16 September 2011 dan mereka turut dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 4, dan Ameisya Leann Rose yang baru berusia setahun.