Penyanyi yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Melaka, Tasha Manshahar akhirnya mengakui telah bertunang pada tanggal 24 Disember lalu.

Majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor itu diadakan secara tertutup dan pernikahan bakal dilangsungkan tahun ini.

"Kami berkenalan kira-kira setahun lalu dan akan berkahwin pada 2018.

"Tarikhnya sudah ditetapkan dan sekarang kami sudah membuat persiapan kahwin," katanya memetik laporan Berita Harian.

Kami tutup tirai 2017 dengan majlis adik kesayangan ku @tashamanshahar .. Majlis tertutup ini dihadiri oleh kenalan terdekat shj, dan kita doakan segala urusan dipermudahkan.. Hensemm cik abg pilihan hati tasha..???. . . . #malaysiandesigner #muslimahwear #fashiondesigner #islamicwedding #muslimahfashion #weddingdress

A post shared by EJA & SHAHRIL (@ejashahril) on



Tasha yang popular menerusi lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku itu memilih untuk berhenti daripada bidang nyanyian dan memberi tumpuan sebagai guru dan penceramah motivasi.

Jejaka yang bakal menjadi suami Tasha difahamkan berasal dari Melaka dan netizen mula mengandaikan individu itu ialah penyanyi dan pengacara, Fahrur Raqib Abdul Majid.

Raqib kini bertugas sebagai penyampai radio Zayan FM dan pernah menyertai rancangan Akademi Fantasia (AF9).

Raqib, 27, pernah menghasilkan single bersama kumpulan UNIC berjudul Bintang Syurga dan muncul dengan album sendiri, Luahan Rasa pada tahun 2014.

Selain itu, graduan Universiti Multimedia, Melaka itu juga pernah terbabit dalam beberapa program pengacaraan televisyen sebelum ini.

YUSUF kurta (AQUA BLUE) . RM109.00 . ✔ Free postage to SM | SS add RM6 only ✔ Slimfit cutting ✔ High quality cotton linen ✔ Very comfy, minimal ironing ✔ Available in 6 colours ✔ Available in size S, M, L and XL . Get the measurement by clicking #yusufbyraqshameasurement Whatsapp 010-430 4799 now to place your order.

A post shared by #SALE10K (@raqsha.my) on



Raqib pernah menjadi juara Tilawah Al-Quran peringkat negeri Melaka pada tahun 2013 dan difahamkan mengusahakan jenama pakaian Raqsha bersama Tasha.

Kami tutup tirai 2017 dengan majlis adik kesayangan ku @tashamanshahar .. Majlis tertutup ini dihadiri oleh kenalan terdekat shj, dan kita doakan segala urusan dipermudahkan.. Hensemm cik abg pilihan hati tasha..???. . . . #malaysiandesigner #muslimahwear #fashiondesigner #islamicwedding #muslimahfashion #weddingdress

A post shared by EJA & SHAHRIL (@ejashahril) on

Sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to understand _ Credit : @leahenna_artist

A post shared by نور ناديا نتشا محمد منشاهر (@tashamanshahar) on

Every exit is an entrance to somewhere else ? _ Decor : @afeer_kualalumpur

A post shared by نور ناديا نتشا محمد منشاهر (@tashamanshahar) on

Dress kali ni kak eja design lain sikit.. Ada masuk sikit element english dan classic tapi masih cover aurah. Tudung besar dan labuh. Lupa nak request @tashamanshahar nyanyi satu lagu ari tu.. ? jumpa nnti wajib ye!!.. . . . #malaysiandesigner #muslimahwear #fashiondesigner #muslimahfashion #islamicwedding #islamicweddingconcept

A post shared by EJA & SHAHRIL (@ejashahril) on


Olahan oleh: Amri Hassan
Foto: IG @tashamanshahar, @raqibmajid