Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui gembira apabila dapat bertemu dengan Iqram Dinzly selepas sekian lama tidak berjumpa.

Menurut Kazim Elias, dia sempat memberi nasihat kepada Iqram Dinzly dan memuji pelakon itu kerana mempunyai pemikiran yang halus.

"Saya seronok menerima kunjungan Iqram. Dah lama tidak jumpa dia. Syukur dia sihat, ok sangat dan lama juga borak dengan dia tadi.

"Halus pemikiran dia. Saya sampaikan juga nasihat kepada dia. Begitu juga dengan pelakon Johan Asaari.

"Empat bulan lepas saya ajak dia ke Al Barakah, hari ini dia datang dengan sahabat yang lain.

"Ceria dan sejuk memandang mereka. Insha-Allah Johan akan belajar di Al-Barakah begitu juga dengan Iqram cuma dia perlu menemani ibunya yang masih dalam iddah.

"Tahniah Iqram dan Johan. Saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat," tulisnya dalam entri di Facebook.

Sebelum ini, Iqram menjadi perhatian ramai selepas perilaku aneh dia mula menjadi tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Perubahan sikapnya itu, turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.