Selebriti terkenal antarbangsa, Paris Hilton telah menerima lamaran teman lelakinya, Chris Zylka baru-baru ini.

Paris Hilton mengumumkan pertunangannya selepas menerima lamaran lelaki itu secara romantik di pergunungan salji Aspen, Colorado.

Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun Instagram (IG) peribadinya dengan memuatnaik gambar romantik bersama cincin bertatahkan berlian dijari manisnya.

Paris begitu teruja apabila menerima cincin pertunangan itu dan sangat menghargainya.

Namun cincin bertahta berlian itu menjadi bualan selepas dikatakan ia bernilai lebih dari USD2 juta (kira-kira RM8 juta).

Bagaimanapun harga cincin itu tidak dapat menandingi harga cincin bekas tunang ketika dia bersama Paris Latsis.

Nilai cincin dari Paris Latsis sebelum ini dua kali ganda dari Chris Zylka iaitu $4.7 juta.

Terdahulu, Paris yang juga pewaris legasi Hotel Hilton pernah menjalani lebih dari 10 hubungan cinta.

Sumber: E! News