Bekas pelakon Abby Abadi pesan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz sepertinya, tidak perlu bersedih bila berjauhan.

Abby Abadi menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, berkongsi foto anak perempuanya, Marissa di hari pertama persekolahan di salah sebuah sekolah tahfiz.

Menurut Abby segala kepahitan berjauhan dengan anak yang bersekolah di sekolah agama tahfiz, kelak akan datang manisnya.

Dia juga memberi kata semangat kepada ibu bapa lain semoga pengorbanan anak-anak mencari ilmu agama Allah di dunia akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.

Melalui pengalmannya, Abby memberitahu lebih baik anak-anaknya berada di sekolah dan asrama tahfiz daripada berada di rumah yang banyak pengaruh hiburan termasuk televisyen dan telefon bimbit.

Rata-rata pengikut IGnya menyokong Abby dan tidak kurang juga akui kata-kata Abby itu telah memberi semangat dan kekuatan mereka yang menghantar anak ke sekolah tahfiz.

SMITA Puteri ? . Dapat gmbr dari group: Sesi berkenalan dgn guru2 hari ni Terkawal nampak anak Mama @marissadania_ Seriusnya muka dia hihi Anak buah kita pun sama Sopan nampak huhu Nampak 'displin' disitu ? . Kalau duduk rumah Banyak sangat pengaruh jahat Takpayah pergi jauh HP pun menyesakkan Dasat sungguhlah penangannya Telebisyen satu lagi Tapi anak2 ni dari 6 tahun lepas Dah tak di ajar tengok TV Astro pun takde Jadi kuranglah pengaruh hiburan Pada mereka Adapun Internet BoX Yang Abahnya jual tu lah Bila berkumpul reramai Pasanglah movie ke apa Supaya dpt duk diam setempat hehe . Ibu bapa yg menghantar anak2 ke tahfiz/sekolah agama.. jangan sedih2 ye. Pahit akan manis akhirnya. Semoga pengorbanan hidup berjauhan di dunia ini utk anak2 ini mencari ilmu agama ALLAH SWT akan mendapat ganjaran terbaik di 'sana' nanti. Yakin dgn janji NYA ? . ?Dari Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda “Siapa yang membaca ALQURAN, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini? Dijawab “Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari ALQURAN”. (HR. Al Hakim).

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Foto: Instagram Abby Abadi
Teks oleh: Syafiqah Jalal