Sempena kedatangan tahun baru 2018, aktres Izreen Azminda memohon kemaafan kepada semua pihak serta memaafkan mereka yang membencinya.

Izreen memuat naik sekeping foto dirinya yang bertulis ‘Selamat Tahun Baru 2018’ bersama kapsyen panjang lebar menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, @izreen.azminda.

“Jika kamu mampu memaafkan kekhilafan orang lain ketika hati kamu terlalu sakit dan sedih... Percayalah, bahagia dan tenang itu akan sentiasa bersamamu.

“Itulah pesanan hamba Allah yang saya pegang sehingga hari ini dan bersempena tahun baru ini, saya memohon sejuta kemaafan kepada semua dan begitu juga memaafkan mereka yang membenci, menghina, menfitnah, membuka aib atau pun menjatuhkan hukum ke atas diri saya.

“Telah saya kosongkan hati dan fikiran saya dari perasaan dan rasa yang negatif. Saya hanyalah manusia biasa dan hamba Allah yang satu, yang tidak mungkin akan terlepas dari melakukan kesilapan serta menerima ujian dan ketetapan dari-Nya.

“Apa yang saya harapkan hanyalah doa yang sebaik-baiknya dari awak semua dan begitu juga dengan saya, mengharapkan awak semua juga diberi kebahagiaan yang abadi dunia akhirat,” tulis Izreen.

Kisah pernikahan Izreen bersama pemuzik Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude menggemparkan ramai pihak sekitar awal Disember 2017.

Status Izreen mula diragui apabila dia mempamerkan kebahagiaan di laman Instagram dan menukar nama kepada Madam Izreen Azminda Radzi.

Isteri pertama Ude, Intan Liana mendedahkan suaminya telah berkahwin dengan aktres itu sebelum Izreen atau Ude mengakui perkara tersebut kepada pihak media.

Kontroversi itu semakin hangat apabila ia menjadi topik perbualan netizen selepas Ude mengakui Izreen merupakan isteri keduanya dan mereka bernikah pada 8 Ogos 2017.

Pengguna laman sosial memberikan kecaman teruk kepada Ude dan Izreen sehingga mereka menutup ruangan komen di laman Instagram masing-masing.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Izreen

"Jika kamu mampu memaafkan kekhilafan org lain ketika hati kamu terlalu sakit dan sedih..percayalah.. bahagia dan tenang itu akan sentiasa bersamamu" itulah pesanan hamba Allah yg saya pegang sehingga hari ini... Dan bersempena tahun baru ini.. saya memohon sejuta kemaafan kepada semua dan begitu juga memaafkan mereka2 yg membenci..menghina.. menfitnah.. membuka aib..ataupun menjatuhkan hukum keatas diri saya.. Telah saya kosongkan hati dan fikiran saya dari perasaan dan rasa yg negatif.. saya hanyalah manusia biasa dan hamba Allah yang satu..yang tidak mungkin akan terlepas dari melakukan kesilapan serta menerima ujian dan ketetapan dari-Nya... Apa yg saya harapkan hanyalah doa yg sebaik-baiknya dari awak semua.. dan begitu juga dgn saya.. mengharapkan awak semua juga diberi kebahagiaan yg abadi dunia akhirat... ??

A post shared by MRS IZREEN AZMINDA (@izreen.azminda) on