Menutup tirai tahun 2017 dengan khabar gembira, penyanyi Hafiz Suip menyambut kelahiran bayi sulungnya pada awal pagi tadi (31 Disember 2017).

Hafiz, 27, menerusi akaun Instagramnya memberitahu, bayi sulungnya itu telah selamat dilahirkan pada pukul 8.06 pagi tadi.

"Bersyukur ke hadrat illahi di atas kurnia-Nya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

"Jutaan terima kasih kepada isteri saya Nureffy Jesreel untuk momen indah dan tahun paling bahagia ini.

"Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua, tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua.

"Terima kasih juga diucapkan kepada doktor dan kakak-kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya," tulisnya pada pukul 3 petang tadi.

Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur kehadrat illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai utk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini..million thanks to my beautifull wife Nureffy Jesreel for giving me the most wonderfull moment and treasure for this wonderfull year..thanks to our parents,family and sahabat as well yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua..tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua..dan terima kasih juga di ucapkan kepada Dr dan kakak kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya...

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on



Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @hafizsuip