Pemergian ibu tercinta benar-benar memberikan kesan kepada pelakon kacak Zul Ariffin.

BACA: Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Menerusi temu bualnya bersama BH Plus baru-baru ini, Zul memberitahu dia terpaksa menolak banyak tawaran bagi mengubat jiwa yang kosong.

“Ketika ini, banyak tawaran yang terpaksa saya ketepikan kerana saya seperti hilang arah tuju. Saya benar-benar rasa kehilangan.

"Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini.

“Mungkin saya menyimpan rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah tutup mata. Ia sangat memberi kesan pada jiwa saya,” kata Zul.

Zul turut berkongsi hasratnya yang tidak kesempaian untuk membawa ibunya, Robiah Nasir menunaikan umrah bersama-sama.

“Saya bersyukur sempat berbual panjang dan keluar bersama arwah beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Entah kenapa saya tergerak hati memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan kepadanya. Saya memberitahu perancangan mengajaknya bercuti ke Dubai, seterusnya menunaikan umrah di Makkah, bulan depan.

“Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan menunaikan umrah tidak kesampaian. Saya terbang juga ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarganya.

"Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah,” kongsinya.

Sumber: BH Plus