Penerbit filem, Mejar (K) Datuk David Teo turut terkesan dengan kontroversi perlakuan pelik oleh Iqram Dinzly di laman sosial.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) itu turut memberi nasihat ikhlas buat aktor berusia 36 tahun itu melalui laman Instagramnya (IG), semalam.

"Pertama kali saya ingin mengucapkan takziah kepada Iqram atas pemergian arwah ayah tercinta.

"Namun hidup perlu diteruskan. Setiap yang hidup pasti kembali. Kita perlu reda dengan ketentuan Tuhan. Semuanya sudah tertulis.

"Yang hidup hanya perlu mendoakan mereka yang sudah tiada semoga rohnya dicucuri rahmat," tulisnya.

Nasihat ikhlas untuk @iqramdinzly , Pertama kali saya ingin mengucapkan takziah kepada Iqram atas pemergian arwah ayah tercinta. Namun hidup perlu diteruskan. Setiap yang hidup pasti kembali. Kita perlu redha dengan ketentuan Tuhan. Semuanya sudah tertulis. Yang hidup hanya perlu mendoakan mereka yang sudah tiada semoga rohnya dicucuri rahmat. Saya harap Iqram kembali seperti dulu dan mewarnai kembali industri hiburan. Hidup perlu diteruskan. Jangan musnahkan bakat dan cita-cita yang ada kerana tekanan perasaan. Kembali kepada pencinta. MIG sentiasa mendoakan Iqram sentiasa beristiqamah di jalan yang diredhai olehNya. Semoga tuhan merahmati Iqram Dinzly. #setiapmasabernilai #kitaok #metrowealth #lakumall @metrowealth @lakumallofficial @dunia_sinema @migmuzik.my #iqramdinzly #MIGTeam

A post shared by David Teo (@davidteo99) on


Pada masa sama, David berharap agar Iqram kembali seperti dulu sekali gus mewarnai semula industri hiburan.

"Hidup perlu diteruskan. Jangan musnahkan bakat dan cita-cita yang ada kerana tekanan perasaan. Kembali kepada pencinta.

"MIG sentiasa mendoakan Iqram sentiasa beristiqamah di jalan yang diredai olehNYA. Semoga tuhan merahmati Iqram Dinzly," katanya sambil meninggalkan #setiapmasabernilai #kitaok

Sebelum ini, kelakuan Iqram turut mendapat perhatian daripada beberapa penggiat seni seperti Erma Fatima dan Zulin Aziz termasuklah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sumber: IG @davidteo99