Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida memberitahu hasratnya mengikuti kelas vokal bersama penyanyi Hazami adalah serius.

Datuk Seri Vida atau DSV berkata, dia sudah bersedia untuk mengikuti kelas vokal bersama bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV 4) itu sebagai persediaan untuk single kedua nanti.

“Saya tak main-main bila cakap saya mahu belajar vokal dengan Hazami.

“Saya tahu ramai di luar sana anggap saya tak serius selepas mengumumkan tentang perkara tersebut awal bulan lalu.

“Saya memang mahu menyannyi, jadi tak salah saya berguru untuk ‘polish’ lagi vokal saya sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah DSV, single keduanya nanti merupakan lagu balada dan bernada tinggi.

“Kalau single pertama saya, I Am Me mereka kata suara saya ke lautlah, jahanamlah...salahkah saya nak ‘improve?’

“Jadi saya ingin pastikan vokal saya dalam single kedua nanti lebih baik dan ada perubahan,” katanya bersemangat.

DSV turut memberitahu Hazami juga sudah bersedia memasuki studio rakaman pada bila-bila masa.

“Hari tu dia sibuk dengan GV 4, sekarang ni tinggal nak susun waktu masing-masing sahaja.

“Insha-Allah, sedikit masa lagi kami akan masuk ke studio dan mulakan rakaman,” ujarnya.

Dalam pada itu, DSV yakin single keduanya boleh pergi jauh seperti lagu pertamanya kerana ia berentak 90an dan kebetulan genre sedemikian sedang menjadi ‘trend’.

Bagaimanapun buat masa sekarang, DSV memilih untuk merahsiakan nama komposer lagu terbaharunya itu.

Vida ditemui pada majlis sidang media Final GV 4 di Johor Bahru baru-baru ini.