Walaupun sedang bercuti di London, pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tidak terlepas daripada perhatian netizen.

Kelmarin menerusi sekeping foto yang dimuat naik oleh Scha di Instagramnya, netizen mula meragui bentuk hidung Awal hingga ada yang membuat spekulasi pengacara itu telah membuat pembedahan untuk memancungkan hidung.

"Baru 'manning' (bedah) hidung ke Awal ni? Baru-baru tak ada nampak.

"Macam dalam Melodi pun tak bedah macam ni. Ke salah tengok ni? Whatever," tulis salah seorang pengguna Instagram.

Spekulasi itu bukan hanya ditulis oleh seorang pengguna sahaja, ada beberapa pengguna lain mengajukan soalan yang serupa kepada Awal.

"Lain muka Awal... Buat hidung ke? Handsome..." tulis pengguna lain.

Dia nak stay inside today. Okay. Inside the mall okay Bin Ashaari ☺️ #schawal

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on


Awal bagaimanapun tampil menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pengguna media sosial itu dengan cara melucukan dan sarkastik.

"A'ah, memanglah mancungkan masa dalam flight 14 jam hari tu. Bosan tak ada buat apa jadi naikkanlah seinci dua," tulis Awal.



Awal baru-baru ini mengejutkan industri hiburan apabila mengumumkan pengundurannya sebagai hos daripada rancangan Melodi.

Teks oleh: Amri Hassan