Bintang kelahiran Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Syamel akui bersyukur kerana diberi peluang untuk menghasilkan single terbarunya berjudul ‘Biar Cinta’.

Menurut Syamel, dia berasa teruja kerana diberi kepercayaan oleh penerbit dan composer terkenal, Edry Abd Halim untuk mencipta lagunya sendiri.

“’Biar Cinta’ merupakan single saya yang terbaru di mana lagu itu menceritakan tentang perasaan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya yang telah melukai hatinya kerana sifat ego dan mementingkan diri sendiri.

“Sejujurnya saya berasa amat teruja kerana sekali lagi diberi peluang dan kepercayaan untuk menghasilkan single ini.

“’Biar Cinta’ adalah hasil ciptaan saya sendiri dengan mendapat mendapat bantuan profesional daripada Edry Abdul Halim.

“Banyak yang telah saya pelajari apabila bekerjasama dengan Edry dan pengalaman yang ditimba sangat berharga,” ujarnya.



Dalam pada itu, Ketua Muzik Rocketfuel Records, Adam Lobo, berkata dia mempercayai bakat yang ada pada diri Syamel dan berharap single tersebut mendapat tempat dihati pendengar.

“Walaupun Syamel masih baru di dalam industri muzik Malaysia, tetapi saya percaya dengan bakat yang ada pada dirinya dalam mencipta muziknya tersendiri.

“Baru-baru ini dia telah diundang untuk membuat persembahan di China bagi mewakili Malaysia. Itu terbukti muzik yang dibawa oleh Syamel boleh diterima ramai.

“Karekter dirinya yang bersahaja, kelakar dan mudah didekati juga turut menjadi penyumbang kepada kejayaannya pada hari ini.

“Jadi saya berharap ‘Biar Cinta’ ini akan mendapat tempat di hati semua pencinta muzik,” ketanya.

‘Biar Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Biar Cinta’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

‘Biar Cinta’ hasil ciptaan bersama composer Edry Abd Halim ini menceritakan tentang perasaan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya tetapi telah melukai hatinya kerana sifat ego dan mementingkan diri sendiri.

Ahirnya teman wanita itu mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Terdahulu, Juara Duo Star 2016 ini baru sahaja pulang dari mengadakan peresembahan di Chengdu, China mewakili Malaysia pada ABU TV Song Festival 2017.

Syamel juga mencipta kejayaan menerusi single pertamanya ‘Hidup Dalam Mati’ yang mendapat tontonan melebihi 15 juta di laman YouTube dan diikuti dengan single ‘Lebih Sempurna’dengan 3 juta tontonan.

Manakala single ‘Aku Cinta’ duet bersama Ernie Zakri yang mendapat tontonan hampir 6 juta bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke-32 pada tahun hadapan.