Kalendar 2017 tidak terlepas dengan cerita kontroversi hangat yang melibatkan selebriti tempatan.

Isu yang timbul membuatkan nama selebriti yang terlibat dicemari dengan kesan buruk.

Namun begitu, selebriti juga merupakan manusia biasa dan tidak terlepas dari kesalahan.

Astro Gempak menyingkap 10 kontroversi paling hangat sepanjang tahun 2017:

1. Iqram Dinzly Dituduh Gila

Terima kasih kerana maseh adanya sayang dalamnya cinta kalian semua . Hamba bersyukor kehadrat Illahi , kerna kurniakan berkat , rahmat , hidayat , selamat buat hamba yang hina lagi tiada apa - apa ini. Terima kasih kerna sudi meluangkan masa , tenaga , wang , hati , perasaan , akal , fikiran serta pancaindera yang indah dikurniakan buat tuan - tuan hamba yang hamba hormati lagi kasihi . Inilah dia ... #alkesahnya #drprinchiqydinzly #princhiqydinzly #cheeqycheeqy #chiq #iq ... please do not call me #iqramdinzly ... biarkan berlalu pergi bersama #papakukembali . Ini satu eksperimentasi hamba yang kerdil lagi ku rela dibenci demi Illahi . #zoneppdinzlycc #zone #princhiqy #positivity #dinzly #cheeqycheeqy @bawaabata.merebucks #biarpapeasalkanbergaye - No such thing short cut ! Nanti aku balun dengan tongkat . ✌️?? _________ #princhiqydinzly | #iqramdinzly C H E E Q Y • C H E E Q Y SESIAPA SUDI INGIN BIKiN BERLAGAK AKSI SENI | KOLABORASI SENI | IKLAN PRODUK DI ZONE PRINCHIQY POSITIVITY | NEGATIVITY PERGI MATI ! #janganbikinkerjatuhan #bersihcucisucimurnidemillahi #keepcleantolookcharming #kc2lccampaign #ipohcallinbalecampong #yakin1malaysiaboleh #bangsamalaysia #abatamalaysia #alamimalaysia #ipoh #perak #kualalumpur #langkawi #malaysia ??? sebiji epal sehari , jadi doktorin sendiri .

A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on


Gara-gara berkelakuan pelik di laman Instagram, Iqram Dinzly dilabel sebagai gila dan sesat oleh sesetengah netizen.

Tuduhan jahat itu timbul apabila pelakon drama bersiri Dunia Baru ini sering membuat sesi 'live' di laman Instagram miliknya meluahkan perasaan serta menari dalam keadaan pelik.

Kelakuan pelik Iqram turut mendapat perhatian rakan artis seperti Erma Fatima, Datin Anne Ngasri serta Mufti Wilayah Persekutuan.

[BACA: “Netizen Adili Saya Seolah-olah Mereka Terlalu Suci” - Iqram Dinzly Akui Ada Sebab Berperangai Pelik]

[BACA: Iqram Dinzly Sedia Bertemu Mufti Wilayah Persekutuan]

[BACA: "Biarlah Apa Orang Cakap, Kita Tak Mampu Tutup Mulut Mereka" - Ibu Iqram Dinzly]

2. Izreen Azminda Nikah Suami Orang

❤"ALHAMDULILLAH"❤.. Dan buat tatapan semua... saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya.. saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini iaitu mengenai pernikahan saya bersama suami..Muhammad Radzi Abdul Wahid yg telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung saya di Sunway Damansara pada 8 Ogos 2017 lalu dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat shj..tetapi memandangkan status saya sebagai isteri juga..saya terpaksa akur dgn permintaan suami supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua buat saya..majlis diadakan bersederhana shj mengikut hukum syarak... Dan terima kasih buat teman-teman rapat.. keluarga dan keluarga mentua kerana memegang amanah ini sebaiknya sehingga kenyataan dikeluarkan dengan keizinan suami... Cuma yang saya harapkan.. hentikanlah sebarang kenyataan yg anda sendiri tidak tahu apa yg terjadi dlm rumah tangga kami..dan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yg anda baca dan lihat.. seperti yg saya katakan..tidak perlu sy mencari bukti utk menunjukkan kebenaran.. kerana kebenaran yg sebenar akan dtg dgn sendiri tentang apa yg terjadi..itu biar masa yg menentukan...cukuplah hanya doa yg terbaik dari anda semua dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya suami dan intan...amin ? @udewahid

A post shared by MRS IZREEN AZMINDA (@izreen.azminda) on


Kisah pernikahan Izreen Azminda bersama pemuzik Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude menggemparkan ramai pihak sekitar awal Disember ini.

Status Izreen mula diragui apabila dia mempamerkan kebahagiaan di laman Instagram dan menukar nama kepada Madam Izreen Azminda Radzi.

Isteri pertama Ude, Intan Liana mendedahkan suaminya telah berkahwin dengan aktres itu sebelum Izreen atau Ude mengakui perkara tersebut kepada pihak media.

Kontroversi itu semakin hangat apabila ia menjadi topik perbualan netizen selepas Ude mengakui Izreen merupakan isteri keduanya dan mereka bernikah pada 8 Ogos lalu.

Pengguna laman sosial memberikan kecaman teruk kepada Ude dan Izreen sehingga mereka menutup ruangan komen di laman Instagram masing-masing.

[BACA: Saya Baru Tahu Suami Kahwin Pelakon Popular 2 Minggu Lalu – Isteri Pemuzik]

[BACA: "Doakan Yang Terbaik Untuk Kami" - Kahwin Suami Orang, Ini Jawapan Izreen Azminda]

[BACA: “Saya & Izreen Kahwin 8 Ogos Lalu” – Ude, Keyboardist Gegar Vaganza 4]

3. Fattzura Tunang & Nikah Tertutup

?Fattah?Fazura? ~27.11.17~

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on


Kisah pasangan yang diberikan nama panggilan Fattzura, Fattah Amin dan Nur Fazura menjadi cerita sebutan ramai pihak.

Kontroversi mula tercetus apabila Fazura menggantikan tempat Neelofa dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Pelbagai isu timbul tetapi dapat ditangani dengan baik oleh merpati dua sejoli ini.

Fattzura mendedahkan mereka sah mengikat tali pertunangan selepas pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah pada pertengahan November.

Mereka sekali lagi menggegarkan radar industri hiburan apabila bernikah secara tertutup di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada 27 November 2017.

[BACA: Belum Bernikah! Fazura & Fattah Amin Selamat Bertunang 13 November Lalu]​

[BACA: Spekulasi Tamat, Fattah Amin & Fazura Sah Bernikah!]

4. Datuk Boy Iman Dituduh Menipu RM6.2 Juta

Selamat Pagi semua! Tak sabar dah nak masuk tahun baru 2018, Pasti kejayaan demi kejayaan yg akan dikecapi, Insha-Allah. Apa yg membezakan orang berjaya dengan orang tak berjaya adalah mindset dan attitude, Positif & negatif. So jadilah positif untuk hasil yang positif..? #boyiman #datodrboyiman #datoboyiman #dbirians #2018 #dbi

A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datodrboyiman_dbi) on


Sekitar Oktober lalu, pelakon yang merupakan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Boy Iman direman susulan penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta yang didakwa dilakukan oleh syarikatnya bersama Juta Kelulut Global Resources.

Boy direman enam kali bagi membantu siasatan dan laporan polis berkaitan kes penipuan tersebut dibuat di seluruh negara.

Syarikat tersebut menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

[BACA: 188 Laporan Polis Terhadap DBI Properties, Boy Iman Ditahan]

[BACA: Boy Iman Dibebaskan 6 Petang Tadi, Tetapi Ditahan Semula Untuk Siasatan Lanjut]

5. Perkahwinan Ekspres Hafiz Hamidun & Joy Revfa



Kisah kontroversi perkahwinan peserta Gema Gegar Vaganza, Hafiz Hamidun bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa menjadi bualan netizen.

Mendirikan rumah tangga pada 1 Mei selepas beberapa bulan berkenalan, perkahwinan Hafiz dan Joy mula didakwa berantakan apabila mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Hafiz dikatakan meragui status perkahwinan mereka serta tiada persefahaman antara pasangan ini menjadi punca perbalahan di laman sosial masing-masing.

Lebih teruk, pelbagai spekulasi timbul sehingga ada pihak mendakwa Hafiz tergolong dalam 'geng kunyit' serta Joy didakwa gemar mengaibkan suaminya di laman sosial.

Akhirnya, Hafiz dan Joy sah bercerai talak satu pada 25 Oktober lalu.

[BACA: Jika Saya 'Kunyit', Kemukakan Bukti - Hafiz Hamidun]

[BACA: "Hal Dalam Kain Tak Payah Heboh!" - Netizen Minta Hafiz Hamidun & Joy Revfa Henti Perbalahan Di Laman Sosial]

[BACA: Hafiz Hamidun & Joy Revfa Sah Cerai Talak Satu]

6. Fathia Latiff Menari Seksi, Tayang Buah Dada di Bigo Live



Video pelakon baru, Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip Fathia Latiff menari seksi sehingga menampakkan buah dada menjadi bualan netizen pada pertengahan September.

Pada awalnya, Natasha menafikan wanita itu adalah Fathia manakala aktres berhijab ini juga enggan membuka mulut memberikan sebarang komen.

Selepas video itu semakin hangat diperkatakan, Fathia tampil dan mengakui wanita tersebut adalah dirinya.

Tambah Fathia, dia menyesali perbuatan tersebut dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.

[BACA: Didakwa Menari Seksi di Bigo Live, Fathia Latiff Enggan Komen Lanjut]

[BACA: Isu Video Seksi: Natasha Elyzza Akui Salah & Mohon Maaf, Nafi Wanita Itu Fathia Latiff]

[BACA: Menari Seksi: Fathia Latiff Mengaku Malu, Netizen Suruh Jadikan Pengajaran]

7. Skandal Shahir & Mona



Sekian lama mendiamkan diri, Shahir Zawawi akhirnya kembali memeriahkan industri hiburan dan menyertai AF Megastar.

Menjelang minggu-minggu akhir AF Megastar, nama Shahir terpalit dengan kontroversi apabila gambar Shahir bersama seorang pramugari, Mona Syamimi tersebar di laman sosial.

Shahir tampil menafikan dirinya mempunyai hubungan dengan Mona namun wanita itu mendakwa dirinya mempunyai bukti yang dia sedang rapat bersama Shahir.

Kontroversi itu hampir membuatkan Shahir menarik diri dari pentas akhir AF Megastar dan turut menjejaskan hubungan Shahir bersama Erra Fazira.

[BACA: Shahir Kata Mona Hanya Penyokong Di AF Megastar, Reaksi Mona: Jangan Ada Bukti Lain Pula Yang Keluar!]

[BACA: Kontroversi Dengan Mona, Shahir Tarik Diri Dari Konsert Akhir AF Megastar?]

8. Kontroversi Emma, Kamal, Zahirah & Zul



Kisah antara empat orang pelakon ini agak 'complicated' namun menjadi bualan hangat peminat.

Emma Maembong mendakwa dia tidak lagi mempunyai hubungan bersama Kamal Adli dan apabila ditanyakan mengenai status percintaan mereka, Emma mengajukan persoalan itu kepada Zahirah Macwilson.

Kamal dan Zahirah mula rapat apabila gandingan mereka dalam drama bersiri Duda Pujaan Dara menjadi bualan dan wujud dakwaan mengatakan mereka menjalin hubungan cinta.

Zul Ariffin enggan mengambil peduli kontroversi yang tercetus antara mereka bertiga dan menganggap isu ini tidak perlu diperkatakan kerana dia mahu fokus terhadap bidang lakonan.

[BACA: "Sekali Terluka, Selamanya Akan Ingat" - Peminat Spekulasi Hubungan Emma, Kamal Adli Retak?]

[BACA: Hubungan Kami Masih Seperti Biasa - Kamal Adli Jawab Status Hubungan Dengan Emma Maembong]

[BACA: "Petik Nama Orang Pandai, Kencing GF Pandai"- Zahirah MacWilson Dedah Perbualan Dengan Kamal Adli]

[BACA: “Apa Yang Boleh Saya Buat?” - Zul Komen Isu Zahirah, Kamal & Emma]

9. Skandal Karaoke Aliff Aziz, Bella Astilah & Afifah Nasir

Throwback with my one and only. ❤️ #MrAndMrsAliffAziz @bellaastillah

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Be fearless in the pursuit of what sets your soul on fire ? #ILookTannedButILoveIt #TanIsBeautiful

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on


Penghujung Julai lalu menyaksikan nama Aliff Aziz sekali lagi terkait dengan kontroversi bersama isterinya, Bella Astillah dan adik Anzalna, Afifah Nasir.

Aliff ditahan polis apabila Bella membuat laporan dikasari oleh suaminya di sebuah kelab karaoke di Cheras.

Bella yang baru sahaja berpantang anak pertama selama 20 hari dikatakan mencari Aliff yang didakwa sedang bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Afifah.

[BACA: Alif Aziz Kena Tahan Belasah Isteri Dalam Pantang]

[BACA: Kes Alif Aziz: Instagram Adik Anzalna Nasir Diserang, Afifah Nasir Tutup Ruangan Komen]

[BACA: Tuduh Saya Meroyan Itu Kasar Dan Tidak Patut - Bella Astillah]

[BACA: Bella Astillah, Saya Minta Maaf Kerana Beri Aliff Pegang Tangan Saya - Afifah Nasir]

10. Rita Rudaini Didakwa Kacau Rumah Tangga Aqasha





Nama Rita Rudaini dikaitkan dengan Aqasha selepas mereka bergandingan dalam drama bersiri Misi Laksam dan Laksa.

Rita didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aqasha bersama Baizura Sabri dan menjalin hubungan mesra dengan pelakon tersebut.

Baizura memuat naik paparan perbualan mesra antara suaminya bersama seorang aktres yang didakwa sebagai Rita di laman Instagram miliknya.

Namun begitu, Aqasha dan Rita menjelaskan yang hubungan yang terjalin antara mereka sangat profesional dan atas dasar kerja sahaja.

[BACA: Isteri Aqasha Amuk Wanita Goda Suami, Peminat Kaitkan Nama Rita Rudaini]

[BACA: Saya Kenal Aqasha Dah Lama, Itu Cara Kami Bergurau - Rita Rudaini]

Teks oleh: Kamaruddin Razal