Pelakon Norman Hakim mengakui cemas apabila mendapat berita ayahnya, Zaidon Abdul Rahim, dimasukkan ke hospital akibat masalah penyakit lemah jantung.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, normanhakim_786 yang memohon peminat berdoa bersamanya agar ayahnya disembuhkan daripada kesakitan dialaminya.

"Bergegas balik dari Johor Bahru ke Kuantan. Dapat pangilan daripada mak dan update dari whatsapps keluarga di Kuantan yang jantung ayah lemah dan sekarang masih di pantau di CCU.

"Rasa 'blackout' kejap masa dapat tahu tu, terus suruh isteri kemas barang-barang, tarik anak-anak semua keluar dari kolam, checkout, hidupkan enjin kereta dan pecut.

"Semua orang dalam dunia sayang ayah dan mak masing-masing, tapi bila jadi perkara macam ini baru kita tahu berapa 'dalamnya' sayang itu.

"Alhamdulillah masa sampai tadi ayah dah stabil.

"Mohon kawan-kawan saya yang baik hati dan budiman untuk sama-sama doakan kekuatan dan kesembuhan untuk hero handsome kita Haji Zaidon Haji Abdul Rahim. Syafakallah Aamiin Ya Rabb," tulisnya.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya ayahnya kembali pulih selepas menerima rawatan.

@nurin_izz_apparel: 'Allahumashfi buat ayah Norman Hakim. Semoga di beri kesembuhan dan sihat seperti biasa.

@azliezahmohdali: 'Semoga ayahandanya Haji Zaidon sihat walafiat hendaknya dan dilanjutkan usia. Amin.

@shuk1980: 'Walaupun saya tak pernah kenal tapi saya doakan semoga cepat sembuh seperti sediakala. InsyaAllah.