Kemeriahan sambutan hari Natal penyanyi Rihanna sekeluarga bertukar tragedi apabila sepupunya, Tavon Kaiseen Alleyne, ditembak mati beberapa jam selepas meraikan perayaan itu bersama.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Rihanna memuat naik foto dirinya bersama Alleyne dan meluahkan kesedihan dan rasa tidak percaya atas pemergian lelaki itu.

RIP cousin... can't believe it was just last night that I held you in my arms! never thought that would be the last time I felt the warmth in your body!!! Love you always man! ???❤ #endgunviolence

A post shared by badgalriri (@badgalriri) on


Ketika kejadian yang berlaku di Barbados itu Alleyne dikatakan sedang berjalan melalui sebuah jejantas di St Michael.

Dia tiba-tiba di datangi seorang lelaki dan menembaknya beberapa kali.

Menurut DailyMail, pihak polis Barbados mengesahkan terdapat peningkatan dalam kes jenayah senjata api di pulau tersebut.

Sebanyak 28 kes pembunuhan, sepanjang tahun ini, 22 daripadanya berkaitan senjata api.

Sumber: Daily Mail