Dua bintang utama filem Fast and Furious 8, Vin Diesel dan The Rock merupakan aktor yang mendapat bayaran paling mahal sepanjang 2017.

Hasil daripada kutipan pecah panggung filem itu juga meletakkan Vin Diesel meraih pendapatan tertinggi tahun ini.

Sumber pendapatan Vin juga dipengaruhi oleh dua buah filem lakonannya iaitu xXx: Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol.2.

Manakala, filem Baywatch lakonan The Rock pula gagal mendapat kutipan pecah panggung selain filem Jumanji: Welcome to the Jungle yang baru ditayangkan bulan ini.

Selain Vin dan The Rock, bintang utama Wonder Woman, Gal Gadot juga tersenarai antara 10 pelakon yang termahal tahun 2017.

Gal Gadot pernah muncul bersama The Rock dalam filem francais Fast and Furious 4, 5 dan 6.

Berikut kami senaraikan 10 pelakon Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi sepanjang tahun 2017.

1. Vin Diesel (AS$ 1.6 bilion)

2. Dwayne Johnson/ The Rock (AS$ 1.5 bilion)

3. Gal Gadot (AS$ 1.4 bilion)

4. Emma Watson (AS$ 1.3 bilion)

5. Johnny Depp (AS$ 1.1 bilion)

6. Daisy Ridley (AS$ 1.08 bilion)

7. Tom Holland (AS$ 888 juta)

8. Chris Pratt (AS$ 864 juta)

9. Chris Hemsworth (AS$ 845 juta)

10. John Boyega (AS$ 815 juta)

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Geek Feed