Sebut sahaja apa jua jenis video, korang boleh dapati dengan mudah di YouTube. Nak masak tak tahu resepi? YouTubekan saja.

Nak jahit baju tapi tak pandai? Takde hal... Pendek kata korang boleh belajar macam-macam daripada YouTube.

Dengan YouTube la Najwa Latif, Zee Avi, Upiak Isil dan Justin Bieber mula dikenali dan disunting menjadi penyanyi terkenal.

YouTube juga menjadi medium memperkenalkan bakat terpendam selain berkongsi info dalam pelbagai bidang termasuk lakonan, melukis, editing dan bermain alat muzik.

Lebih awesome, dengan adanya YouTube channel sendiri korang boleh buat duit! Semua ini korang boleh lakukan dengan adanya internet tanpa had.

Sebelum tu, korang boleh ikuti 5 tip ini untuk pastikan video yang dihasilkan menarik dan boleh meningkatkan 'subscriber YouTube channel' korang.

#1 Parodi

Video parodi memang tengah in sekarang ni. Ramai yang berlumba-lumba hasilkan video parodi tetapi tidak semuanya menarik. Jika di Malaysia, Kak Leha Bunting, Kak Girl, Bobo dan Andi Bernadee antara yang terkenal dengan video parodi. Jangan tak tahu, Jihan Muse pun tak kurang hebat dalam membuat parodi.

Paling tidak pun, korang boleh hasilkan video sebagai respon kepada sesuatu isu seperti video yang dihasilkan Arwind Kumar ni.

#2 Pilih Topik

Apa jua video yang korang buat kena pandai pilih topik serta isu. Video yang dihasilkan ketika sesuatu isu itu tengah panas lebih mudah mendapat viewer yang tinggi. Seperti video Tak Tun Tuang Upiak Isil cover oleh Andi Bernadee.



Korang pun kenalah aktif memuat naik video. Jangan sampai sebulan 1 video, paling tidak pun seminggu 1 video. Lagi best kalau korang boleh publish video pada hari yang sama setiap minggu

#3 Jatuh Cinta Pandang Pertama

via GIPHY

Ya, penting untuk tarik penonton dengan meletakkan thumbnail yang menarik. Boleh jadikan video dari YouTuber popular sebagai rujukan.

#4 Kolaborasi

Bukan penyanyi sahaja berkolabrasi menghasilkan lagu, YouTuber pun boleh. Pastikan korang approach YouTuber popular dengan idea menarik.

Salah satu kolaborasi yang berjaya tentunya video Abang Nak Tegur ni. Kerjasama antara Datuk Aliff Syukri dengan pengasas kosmetik, Nur Sajat serta drama yang terjadi secara tidak langsung membuatkan lagu ini semakin dikenali.



#5 Tag

via GIPHY

Pilih tag yang sesuai supaya mudah video korang ditemui di enjin carian. Korang juga perlu aktif melayan soalan dan komen yang ditinggalkan pada video.

Paling penting, korang kenalah ada idea unik dan sentiasa mencari kekuatan sendiri. Nak tarik subscriber bukan sehari dua tau, ambil masa beberapa tahun jugalah.



Kalau korang dah ready untuk jadi YouTuber, jom mulakan dengan bertukar kepada #DigiSuperTererrr.

Korang boleh belajar cara-cara nak tambah subscriber daripada YouTuber lain, muat naik video, promote video korang di media sosial atau akses semua aplikasi dan website tanpa henti dengan Internet berkelajuan tinggi 12 jam tanpa had.

Korang juga boleh berhubung dengan YouTuber lain dengan adanya panggilan 24 jam tanpa henti setiap hari. #DigiSuperTererrr #JomInternet with #DigiPrepaidLiVE

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://new.digi.com.my/prepaid-addons#Super-Tererrr

Foto: Pexels