Kumpulan K-Pop terkenal, Miss A dibubarkan selepas tujuh tahun penubuhannya ekoran kontrak mereka bersama syarikat pengurusan JYP Entertainment (JYPE) tamat.

Pembubaran kumpulan itu disahkan oleh wakil JYPE menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

“Miss A telah pun dibubarkan selepas tujuh tahun bersama dan kontrak mereka juga telah tamat secara rasminya,” ujarnya.

Kumpulan Miss A yang dianggotai oleh Fei, Jia, Min dan Suzy telah ditubuhkan sejak 2010.

Bagaimanapun tahun lalu, Jia mengambil keputusan meninggalkan syarikat berkenaan untuk meneruskan karier muziknya di China.

Sama seperti Jia, Min tidak menyambung kontraknya bersama JYPE dan meninggal syarikat berkenaan bermula April tahun ini.

Manakala Fei dan Suzy masih lagi bersama JYPE dan memperbaharui kontrak mereka Ogos lalu.

Fei dan Suzy juga telah melancarkan album solo masing-masing selain aktif dalam bidang lakonan.

Sumber: Koreaboo