Hubungan aktres dan model Indonesia, Raline Shah dengan anggota kumpulan BibBang, Seungri semakin hangat diperkatakan.

Terbaharu Raline Shah yang sedang bercuti di Jepun sempat menonton konsert BigBang yang berlangsung di Kyocera Dome, Osaka.

Bukan sekadar menonton konsert, malah Raline membawa bersama ibunya berjumpa secara peribadi dengan Seungri.

Menerusi IG-story, Raline memuat naik foto ketika ibunya bertemu dengan Seungri.

Keduanya berpelukan mesra dan tersenyum.

"Good host right here," tulis Raline untuk kapsyen foto tersebut.

Kemesraan Raline dan Seungri mula diperkatakan sejak kebelakangan ini, selepas mereka sering memuat foto bersama di Instagram masing-masing.

Pada 12 Disember lalu, Raline antara tetamu istimewa yang diundang ke majlis sambutan hari jadi Seungri yang diraikan di Pulau Pamalican, Filipina.