Pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan, Fedi Nuril mengakui telah membuat perjanjian dengan isterinya, Vanny Widyasasti untuk tidak melakukan adegan romantik yang berlebihan dalam lakonannya.

Menurut laporan Kapan Lagi, Fedi berkata dia akan menjelaskan watak yang dilakonkan kepada isterinya sebelum menerima sesuatu tawaran lakonan.

"Saya telah membuat perjanjian dengan isteri bahawa tidak akan ada adegan ciuman dalam lakonan saya.

"Tetapi isteri memberi kelonggaran kepada saya untuk melakukan adegan pelukan dengan pasangan dalam sesebuah lakonan supaya dapat menghidupkan watak yang diberi.

"Saya tidak sesekali akan melanggar perjanjian ini kerana isteri merupakan insan penting dalam hidup saya.

"Jika saya harus melakonkan adegan bercium mungkin saya akan lakukannya dengan cara yang lain seperti menggunakan aksi suntingan kamera.

"Saya tidak sesekali akan melakukan adegan tersebut kerana ia bukan merupakan budaya masyarakat disini," katanya.

Fedi Nuril dan Vanny Widyasasti telah melangsungkan perkahwinan pada Januari 2016.

Sumber: Kapan Lagi