Pelakon terkenal Korea, Gong Yoo akui populariti yang dikecapi menerusi filem Train To Busan dan drama bersiri Goblin mula memberi impak kepada kehidupan peribadinya.

Menurut Gong Yoo, dia mengalami masalah untuk membiasakan diri dengan perhatian yang diberikan terhadapnya.

“Kadang-kadang saya rasa seperti patah semangat dengan ‘kegilaa’ yang berlaku disekeliling saya.

“Perkara itu juga sedikit sebanyak membuatkan saya berasa agak tertekan ketika berada dalam keadaan tertentu.

“Orang hanya melihat dari luaran sedangkan mereka tidak tahu betapa sukarnya buat saya,” ujarnya.

Gong Yoo mendedahkan perkara itu dalam satu temu bual bersama majalah Elle Korea, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Gong Yoo berharap kejayaan dikecapinya pada tahun ini akan berterusan dan berdoa agar tahun 2018 merupakan pembukaan yang baik buat dirinya

“Saya bersyukur dengan segala kejayaaan yang saya kecapi sekarang dan kalau boleh biarlah berterusan sehingga tahun 2018.

“Masih banyak perkara yang saya ingin lakukan. Saya juga berharap agar ada kejayaan lain yang saya berjaya kecapi.

“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa bersama dan menerima saya,” ujarnya.

Terdahulu, Gong Yoo menjadi rebutan produksi untuk berlakon dalam drama dan filem terbitan mereka seperti A Man and a Woman, Train To Busan dan The Age of Shadows.

Sumber: Soompi/ Koreaboo