Penyanyi kelahiran New Zealand, Lorde membuat keputusan untuk membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2018 di Israel.

Keputusan itu dibuat sebagai tanda protes dan sokongan kempen aktivis menentang penempatan Israel di Palestin.

Lorde, 21, dia menerima banyak mesej dan surat yang mendorong dia membuat keputusan membatalkan konsert di negara tersebut.

Menurut Lorde di akaun Twitter, dia mendapatkan nasihat mengenai situasi politik yang berbangkit dan akan mempertimbangkan semua pilihan yang ada.

"Saya sedang berbincang dengan ramai pihak mengenai perkara ini dan akan mempertimbangkan semua pilihan yang ada," tulisnya.


Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev, dalam pada itu meminta Lorde mempertimbangkan semula keputusan tersebut, manakala penyokong pro-Israel bertindak mengecamnya di media sosial.

Terdahulu, beberapa artis lain juga telah membatalkan persembahan mereka di Israel, antaranya Elvis Costello, Lauryn Hill dan Gorillaz.

Lorde dalam rangka promosi album terbaharunya, 'Melodrama' sebelum ini dilaporkan pernah berbual dengan pengkritik di media sosial selepas mengumumkan dia bakal mengadakan konsert di Israel.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: The Guardian