Erma menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu dia yakin Iqram tahu apa yang sedang dilakukan.
Menurut Erma, dia percaya apa yang dilakukan oleh Iqram itu hanyalah persembahan pentas untuk menguji sikap orang yang melihatnya.
Erma turut percaya Iqram masih orang yang sama yang dikenali dulu.
Rata-rata pengikit IGnya turut bersimpati dengan nasib Iqram dan berharap pelakon itu berada dalam kedaaan baik.