Pelakon Sharifah Sakinah terkejut apabila seorang peminat memintanya berkahwin dengan Aiman Hakim Redza ketika sedang membuat 'live' di Instagram (IG).

Ketika sedang membaca satu persatu komen peminat, Sakinah terkejut apabila seorang peminat memberikan komen seperti;

"Sakinah Kahwinlah Dengan Aiman"

Sharifah Sakinah yang ketika itu bersama suaminya, Aliff Adha dengan spontan memeluk suaminya sambil berkata;

"Kepala otak wei, aku ada laki!"

Sakinah bagaimanapun tidak cepat melatah dengan komen yang diberikan oleh peminat itu.

Malah dia juga terus ketawa kerana menganggap komen seperti itu tidak masuk akal.

Sakinah dan Aiman pernah bergandingan bersama dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka kini digandingkan sekali lagi menerusi drama Rumah No 10 yang kini sedang menjalani penggambaran.

Rumah No 10 bakal ditayangkan di Astro Citra (saluran 131) pada 13 Januari depan.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Teks oleh: Syafiqah Jalal