Kulit Muka Kering Tapi Nak Nampak Cantik Seperti Juliana Evans? Lakukan Empat Perkara Ini:

22 Disember 2017. 1.40 PM
4,464
Gaya Hidup
Kulit Muka Kering Tapi Nak Nampak Cantik Seperti Juliana Evans? Lakukan Empat Perkara Ini:
Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seperti pelakon drama bersiri online Mata Cinta, Juliana Evans.
 
Buktinya, lihat sahaja foto-foto yang dimuat naik Juliana menerusi akaun Instagramnya. 

Sama ada mengenakan solekan atau tidak, wajah Juliana tetap kelihatan cantik dan ‘glowing’.

Usah khuatir, kami kongsikan empat cara mudah untuk mendapatkan kulit muka idaman seperti Juliana:

Madu

Untuk mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi, apa kata anda cuba sapukan madu pada wajah. Cara ini juga diamalkan oleh wanita Rusia sebagai salah satu cara untuk mencantikkan kulit muka.

Mahu lebih berkesan, campurkan sedikit dengan gula untuk hasilkan skrub. Selain mampu melembabkan kulit, wajah anda juga akan terasa lembut. Mudah kan?
 
Banyakkan Minum Air

Banyakkan minum air lebih-lebih lagi kepada mereka yang aktif kerana air merupakan salah satu cara terbaik untuk melembapkan kulit.

Kekurangan air dalam tubuh badan merupakan salah satu punca kulit tampak kering dan kusam.
 
Face Spray

Untuk mendapatkan wajah yang lembab, pastikan anda sentiasa membawa ‘face spray’ sebagai penyelamat untuk waktu tertentu.

Manalah tahu andai kata anda diminta untuk menghadiri mesyuarat atau majlis penting secara tiba-tiba dengan keadaan tidak bersedia, ‘face spray’ adalah watak utamanya.

Sebagai contoh, pelakon Kristian Bell gemar memakai ‘face spray’ buatan sendiri untuk melembab dan menyegarkan wajahnya.

Caranya mudah sahaja, hanya campurkan sedikit minyak pati Mawar dan air lalu disimpan ke dalam botol ‘spray’. Cubalah!
 
Pure Beauty So Smooth Pudding Cream

Masalah kulit kering adalah normal untuk wanita Asia namun jika tidak dijaga dengan baik, mungkin boleh menjejaskan penampilan anda.

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering, apa kata cuba menggunakan produk Pure Beauty So Smooth Pudding Cream.

Produk ini mempunyai penghidratan maksima dengan menggunakan dimensi dan teknologi baru dari negara Korea yang sememangnya terkenal dengan penghasilan produk kecantikan.

Pure Beauty So Smooth Pudding Cream ini akan membuatkan kulit muka terasa segar, lebih lembut dan juga berseri.

Keberkesanan produk ini boleh dirasai dalam masa seminggu (bergantung kepada jenis kulit).
 
Dapatkan produk kecantikan Pure Beauty So Smooth Pudding Cream hanya di Watsons seluruh Malaysia sekarang.

 Layari WATSONS  <<-- (link)  untuk info lanjut.

Jangan lupa juga untuk menyaksikan Mata Cinta yang disiarkan secara eksklusif menerusi platform digital www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak.

Selain Juliana, Mata Cinta juga dibintangi oleh Julien Buteau, Syamim Farid, Aush Abdul, Sasha Saidin, Adery Chin dan Dynas Mokhtar.
 
Foto: Instagram @julianaevans