Pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi menyuntik gaya ibunya sekitar tahun 1980-an untuk diterapkan dalam koleksi terbaharu Rico Rinaldi Women's Collection 2018.

Kata Rico, sebanyak 40 rekaan diperkenalkan dan setiap helaian masih mengekalkan ciri sentuhan eksklusif iaitu perincian manik dan labuci mewah.

Seleksi gaya 1980-an ditampilkan menerusi rekaan kemeja longgar, skirt paras buku lali, jaket oversized hingga dres labuh.

"Inspirasi koleksi Rico Rinaldi Women's Wear 2018 daripada gaya ibu saya sendiri sekitar tahun 1980-an yang menitikberatkan siluet longgar dan berlapis.

"Manakala, pemilihan warna untuk koleksi kali ini banyak bermain dengan tona pudar, pastel serta kusam seperti biru telus, hijau muda dan merah jambu selain cetakan corak bersaiz besar.

"Pemilihan fabrik pula saya memilih jenis sifon, kapas dan linen," kata Rico ketika ditemui di butik barunya di Plaza Damas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jom lihat koleksi terbaharu Rico Rinaldi Women's Collection 2018.





















Teks oleh: Amri Hassan