Wah! Diam-diam Miss K dapat tahu bintang Akademi Fantasia 2013 , Indah Ruhaila bakal menamatkan zaman solo hujung minggu ini.

Mungkin sekarang sudah menjadi trend golongan artis kahwin senyap-senyap dan Miss K pun terkejut apabila dapat tahu khabar gembira ini.

Miss K tak salahkan Indah pun kalau nak rahsiakan majlis pernikahan dia sebab itu hak masing-masing kan?

Kisah gembira ni dikongsikan BFF Miss K, Yuyu yang terjumpa masa duk kalut beli barang sekolah anaknya baru-baru ini.

Bersungguh-sungguh dia bercerita pada Miss K tau.

Kata Yuyu, bakal suami Indah pun tidak kurang kacaknya, kulit pun cerah, badan pun tegap. Hmm, siapa agaknya ya?

Baca: Siapa Ucap Tahniah Tu Indah Ruhaila? Kekasih Ke? Sweetnya...

Tambah kawan Miss K itu, Indah dan beberapa kawan rapatnya dalam Akademi Fantasia dulu sedang berada di Langkawi untuk 'bachelorette party'. Bukan main!

Tak mustahil juga geng The Lomas; Aishah Aziz, Amira Othman dan Nabila Razali bakal jadi ‘bridesmaids’ Indah untuk hari bahagianya?

Apapun, Miss K doakan Indah dan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga hujung minggu ini semoga berbahagia dan ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga. Amin...

Miss K: Tak sabar nak tunggu filem Pitch Perfect 3 tayang minggu depan. Jom serbu pawagam!

Pssst...ada cerita menarik nak dikongsikan dengan Miss K, hantar e-mel ke [email protected]