Tiada hubungan cinta yang terjalin antara Brad Pitt dan Jennifer Lawrence.

Hal itu didedahkan oleh sumber terdekat dengan Pitt kepada portal Daily Mail selepas satu laporan menyatakan kedua-dua mereka sedang bercinta.

"Tidak, laporan itu sama sekali tidak benar. Ia hanyalah khabar angin semata-mata," kata sumber itu.

Laporan itu diterbitkan minggu lalu oleh sebuah majalah gosip, Star, dengan memetik sumber sebagai berkata Pitt dan Lawrence "kerap keluar bersama untuk berseronok".

Penafian sumber itu dikuatkan lagi selepas Lawrence dilihat menghabiskan masa hujung minggunya bersendirian di New York.

Sebelum ini, Star melaporkan Pitt berjaya mendapatkan nombor telefon Lawrence melalui seorang rakan.

"Dia (Pitt) pada mulanya segan untuk menghubungi Lawrence dan mengajaknya keluar, walaupun sudah lama meminatinya dalam diam," kata sumber seperti yang dipetik dalam majalah itu.

Lawrence, 27 tahun, baru sahaja berpisah dengan pengarah filem Black Swan, Darren Aronofsky pada bulan lalu, manakala Pitt, 54, telah bercerai dengan aktres Angelina Jolie pada September 2016.

Sumber: Astro Awani
Foto: LADBible