Konsert akhir GegarVaganza 4 (GV4) telah menobatkan Aishah sebagai juara!

Keenam-enam bintang GV4 telah menyampaikan dua buah lagu dalam segmen solo dan battle dengan penuh bersemangat.

Aishah yang menyampaikan lagu ‘All By Myself' dan battle bersama Liza Hanim menerusi lagu 'Supergirl' mengungguli tempat teratas dengan markah sebanyak 81%.

Manakala Tia Jinbara menduduki tangga terakhir dengan peratusan markah sebanyak 66%.

Untuk konsert akhir ini juga, Aishah dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan menerima ‘like’ paling banyak di akaun Instagram Datuk Vida yang juga merupakan penaja GV4.

Selain Aishah, Hazami juga turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000.

Dalam pada itu, kesemua bintang GV4 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor.

Di bawah merupakan ‘recap’ komen-komen dan juga persembahan bintang GV4:

BACA: INI SENARAI MARKAH PENUH KONSERT AKHIR GV4

Tia - Romancinta


"Nafas macam naga, whole song range agak tinggi atas bright note dan memerlukan nafas kuat. Anda melakukannya dengan baik. Well done!" - Datuk Ramli MS

Firman - Drama King


"Penampilan anda di pentas membuktikan anda benar-benar kecewa, ekspresi kamu tepat, nyanyian anda tepat dan berjaya mencapai ending note dengan baik!" - Hetty Koes Endang

Hazami - Bahagiamu Deritaku


"It is so good! Such a versatile singer, you can do anything. Penyampaian anda punyalah romantik... Thank you, you are entertaining" - Datuk Khadijah Ibrahim

Liza Hanim - Meniti Di Titian Usang


"Saya cukup kagum dengan bakat anda. Malam ini anda memberikan persembahan yang persis juara. Lagu ini perlukan penghayatan hebat kerana liriknya cukup bermakna dan penonton dapat rasakannya. Anda terbaik malam ni" - Datuk Rosyam Nor

Lan Solo - Smells Like Teen Spirit


"Satu ayat paling jelas; Stupid! Lain-lain itu saya tak faham. Tapi persembahan okey" - Datuk Ramli MS

Aishah - All By Myself


"Kamu buat saya menangis! Kualiti, teknik vokal, isi lagu ni sangat dalam. Penghayatan dan dinamika sangat penting untuk lagu 'mellow' sebegini. Ini penampilan anda yang terbaik!" - Hetty Koes Endang

Battle: Firman vs Tia Jinbara - Tepi Sikit


"Dua-dua bagus, attitude pun bagus. Both work so hard!" - Datuk Khadijah Ibrahim

Battle: Hazami vs Lan Solo - Amboi


"Anda berdua keluar daripada kotak kebiasaan dan kami terhibur. Versi yang dipersembahkan ini berbeza daripada genre biasa anda bawa" - Datuk Rosyam Nor

Battle: Aishah vs Liza Hanim - Supergirl


"Both of you too good. Aishah is amazing! Tahniah" - Datuk Ramli MS


GV4 disiarkan secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Pemenang Kod Undi Pantas Digi 4G Plus

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang peraduan Digi Star of The Week yang telah memenangi telefon pintar Huawei P10 Lite setiap minggu.

Berikut merupakan senarai pemenang hadiah utama minggi pertama hingga minggu keempat:

Minggu 1: Erin Indarti Syawal (Negeri Sembilan)

Minggu 2: Muhaiyah Abdul Malik (Sarawak)

Minggu 3: Rahmat Abdul Wahab (Sarawak)

Minggu 4: Nuraina Nadina (Sarawak)


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @kakifoto_, @lizahanim79