Tahniah kepada pelakon dan bekas pengacara H! Live, Shenty Feliziana yang telah melangsungkan pertunangannya dengan aktor kacak Indonesia, Reuben Elishama.

Miss K tahu pun selepas diberitahu oleh Ell, ‘die hard fan’ Reuben.

Ell ni kawan Miss K dan dia sangat ‘gilakan’ Reuben...Tapi nampaknya ‘hancur hati’ Ell selepas mendapat tahu pelakon pujaannya sudah dimiliki.

Hahahaha...Alahai Ell, you all ni luculah! Sudah jodoh mereka kan? Berlakon bersama dan cinta berputik di lokasi penggambaran drama mini bersiri, Do[s]a.

Pada 8 Disember lalu, Shenty ada memuat naik beberapa foto bersama Reuben dan keluarganya yang datang bertandang ke kediaman ibu bapa Shenty di Instagram (IG)nya.

Menguatkan dakwaan mereka sudah mengikat tali pertunangan apabila Shenty turut memuat naik beberapa entri di IG sambil meninggalkan pesanan kepada ‘bridesmaid’nya.

Menerusi IG story tersebut, ada bayangan yang Shenty tinggalkan iaitu, sedang menanti hari bahagianya tiga bulan lagi.

Ha..siapa kata cinta lokasi tak berkekalan? Hubungan yang terjalin di antara Shenty dan Reuben juga membuktikan cinta jarak jauh itu tidak mustahil...pokok pangkalnya hati.

Kepada kedua-dua pasangan sama cantik sama padan ini, tahniah dari Miss K ya. Harap-harap nanti adalah undangan untuk Miss di sini.

Teringin nak rasa nasi minyak Singapura dan Indonesia...Hehehe...

Miss K: Kasihan artis itu, sudah 21 tahun mendirikan rumah tangga tapi khabarnya akan berpisah...

Pssst...ada cerita menarik nak dikongsikan dengan Miss K, hantar e-mel ke [email protected]