Aktres Izreen Azminda memberi amaran kepada pihak yang memuat naik foto intimnya tidak mengenakan tudung bersama suami di laman Instagram (IG)


Foto tersebut dimuat naik di IG menggunakan nama ‘izreen.azminda_perampas’ pada Ahad.


Kecewa dengan tindakan tersebut Izreen telah meluahkan perasaannya menerusi sebuah entri di IGnya, tidak lama selepas itu.


Menurut Izreen, dia sudah lama berdiam diri sejak isu pernikahannya didebatkan namun ada pihak yang mengambil kesempatan atas situasi tersebut.


“Diam tidak bererti salah, cuma memberi ruang kepada kesemua pihak untuk memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.


“Tapi rupanya tidak sama sekali seperti yang disangkakan! Malah bertambah teruk dan terkini sebar pula gambar peribadi saya di rumah bersama suami yang tidak bertudung,” tulisnya.


Izreen turut memberitahu akan mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak tersebut yang telah menjatuhkan maruahnya.



Bagaimanapun Izreen telah memadam luahan yang ditulis pada ruangan kapsyen di entri tersebut.


Sebelum itu, pemilik IG ‘izreen.azminda_perampas’ memuat naik beberapa foto Izreen tidak menutup aurat sedang bermesra dengan suaminya.


Menerus entri tersebut admin mendakwa foto-foto tersebut diambil sebelum Izreen berkahwin dengan Ude.



Entri ini juga telah dipadamkan daripada IG @izreen.azminda_perampas