Pelawak Zizan Razak akui cuba menarik peminat selebriti siber popular Jepun, Hatsune Miku ketika membuat persembahan pembukaan tirai di Konsert Hatsune Miku Expo 2017, Sabtu lalu.

Zizan yang diberi peluang menyanyikan lagu Chentaku bersama SonaOne di konsert tersebut memberitahu sudah tiba masanya untuk dia memperkenalkan diri kepada peminat muzik berbeza.

"Saya tahu penonton yang datang pasti hendak menyaksikan konsert penyanyi maya mereka tetapi dengan peluang ini, saya cuba memperkenalkan diri kepada mereka yang pertama kali mengenali saya.

"Saya cuba untuk 'memancing' peminat Hatsune Miku secara tidak langsung.



"Ini satu kebanggaan juga buat saya kerana berpeluang menaik taraf karier nyanyian saya ke satu tahap yang lebih tinggi dengan menyanyi di konsert.

"Saya harap lebih ramai lagi tidak kira bangsa Cina mahupun India akan meminati muzik saya kerana ia universal," katanya kepada Astro Gempak.

Konsert tersebut berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil menyaksikan kehadiran ribuan peminat Hatsune Miku yang ditontonkan secara hologram serta diiringi muzik yang dimainkan secara langsung oleh manusia.

Miku merupakan penyanyi berusia 16 tahun, berambut biru dan juga persona homanoid.


Momen mengejutkan buat peminat apabila Miku menyanyikan dua lagu dalam bahasa melayu iaitu Chentaku (lagu asal oleh Zizan dan SonaOne) dan Venus di Hujung Jari.




Konsert berlangsung selama dua jam dan hampir 30 lagu dinyanyikan penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, uniknya konsert kali ini apabila terdapat peminat-peminat yang turut 'cosplay' pakaian membuatkan suasana menunggu agak menyeronokkan.

Peminat-peminat Hatsune Miku turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pra-konsert termasuk lah di gerai barangan rasmi Hatsune Miku, sesi bersama pemain gitar popular dan sesi bergambar bersama figura bersaiz besar.

Selain itu, konsert tersebut juga boleh ditonton menerusi aplikasi Tamago yang merupakan aplikasi sosial baharu di Asia Tenggara yang memenuhi citarasa penggemar permainan video dan anime.

Ia boleh dimuat turun secara percuma untuk mengakses kandungan-kandungan menarik lain yang berkaitan.

Perasaan Snoop dog dan Jay Z dapat dirasakan. Terima kasih HATSUNE MIKU untuk peluang ini. @itssonaone #zizanrazak #chentaku #2017 #concert #hatsunemiku #malaysiabookofrecord #love #live #kitaok #peace

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Teks oleh: Syafiqah Jalal