Bimbang isterinya Jihan Muse bersalin pada hari final Gegar Vaganza (GV) 4, pelakon Ungku Hariz sudah bersedia dengan beberapa persiapan.

Ungku Hariz mengakui teruja dan dalam masa sama menggelabah menghadapi pengalaman pertamanya ini.

“Memandangkan ini pengalaman pertama, saya rasa teruja dan dalam masa yang sama sedikit menggelabah.

"Saudara-mara pun dah banyak nasihat supaya saya ambil langkah berjaga-jaga kerana lihat Jihan seperti bila-bila masa sahaja boleh bersalin.

"Sebab itu saya ikut dan menemani Jihan ke Johor. Saya juga sudah tengok di mana hospital terdekat di sana.

“Saya juga sudah bersiap sedia dengan kemungkinan Jihan bersalin di pentas akhir GV,” katanya.

Sementara itu, Jihan yang kini hamil 33 minggu, berkata dia dijangka bersalin menjelang Januari tetapi sudah ada tanda-tanda dia bakal menyambut kelahiran awal.

“Pada awalnya, doktor menjangkakan saya akan bersalin pada Februari namun diawalkan memandangkan saiz bayi dalam kandungan agak besar.

“Namun begitu, saya sentiasa bersiap sedia sekiranya ditakdirkan bersalin lebih awal daripada jangkaan.

"Kalau tengok perut saya pun, memang dah nampak ke bawah,” katanya.

Lima bintang GV4 yang bakal merebut gelaran juara adalah Aishah Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Ia bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad ini (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.