'Stabilizer' Kamera Disangka Senjata Jadi Punca UNIC Ditahan

15 Disember 2017. 8.03 PM
4,325
Hiburan
'Stabilizer' Kamera Disangka Senjata Jadi Punca UNIC Ditahan
Kumpulan nasyid UNIC yang ditahan di Syria kerana disyaki pihak kastam cuba memasuki negara itu secara haram telah dibebaskan.

Dalam satu video yang dimuat naik Instagram @unicofficials mengesahkan mereka bertiga kini dalam keadaan selamat dan berada di Istanbul, Turki.

Dalam video berkenaan, salah seorang ahli UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh memaklumkan mereka ditahan atas sebab faktor prosedur.

BACA: Disyaki Masuk Syria Secara Haram, UNIC Kini Ditahan

Selain itu, peralatan kamera yang dibawa mereka seperti 'stabilizer' dipercayai telah disalah erti pihak berkuasa sebagai senjata.

UNIC berangkat ke Syria sejak lima hari lalu bersama Muslim Care Malaysia.

Sumber: Astro Awani